Thursday 15 December 2011

Cerpen : Ketabahan Hatiku

Subu yang nyaman, yang penuh dengan suara ungas bersahut-sahutan. Suara kokokan ayam dan udara yang amat menyegarkan. Sungguh terpesona aku menikmati subuh yang bagiku begitu indah sekali.


Suasana yang nyaman dan tenteram secara tidak sengaja telah membawa aku ke dalam kenangan silamku. Kisah dulu. Kisah waktu aku baru bergelar anak remaja. Masa aku mula-mula mendapat kerja. Masa aku baru mengenal erti susahnya mencari wang untuk sesuap nasi.
Sukar untuk aku buang jauh kisah hidupku yang dahulu. Yang penuh dengan pahit berbanding manisnya.


Teringat kembali, sedari aku kecil, aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang terlalu baik. Sentiasa gembira dan tertawa. Aku ada Abah. Aku ada Ibu. Aku juga ada Abang Long dan Kak Ngah. Aku ada mereka. Sumber kehidupanku.


Hidup kami penuh dengan gelak tawa dan senda gurau. Jarang sekali kami bergaduh. Kadang kala ada juga berselisih pendapat dan bermasam muka, tapi biasalah adat resam kehidupan bersaudara. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sesama saudara.


Kenangan membawa aku jauh ke masa kecilku. Sedari kecil, perwatakanku lebih kepada lelaki. Kasar, gaya ala Tomboy. Tapi, yang peliknya aku suka melawa. Lucu bila teringatkan aku ketika itu. Masih aku ingat, punca kenapa aku berkelakuan ala tomboy. Aku seperti itu kerana terikut-ikut dek gaya makcik aku. Tapi, aku tidaklah terlalu kemaruk.


Tambahan pula, kawan-kawan sepermainan aku rata-ratanya terdiri daripada lelaki. Jarang sekali aku bergaul dengan perempuan. Bagiku, budak perempuan ni mengada-ngada dan ,manja. Pantang silap sedikit, pasti akan menjadi cengeng.  Namun, pabila meningkat remaja aku sudah mula berubah. Sudah mula mengenal apa itu kecantikan.


Tidaklah sepenuhnya. Kerana aku sedar aku bukanlah seorang budak yang cantik. Tubuhku yang gemuk tiada lelaku yang mahu jadikan aku teman wanita mereka. Sedih. Sungguh sedih nasib aku tika itu. Tapi aku mengambil kata-kata 'Life Must Be Go On'. Take it easy. Walaupun kadang-kadang timbul rasa cemburu terhadap kawan-kawan aku. Tapi nak buat macam mana. Mereka semua cantik-cantik belaka.


Habis sahaja persekolahan, aku mula bekerja di sebuah syarikat perindustrian. Aku bekerja bersama rakan sekelasku. Ketika itu tubuhku masih lagi besar. Dan, perwatakan aku yang seius atau lebih tepat bengis membuatkan aku semakin sukar mendapatkan kawan terutama lelaki. 


Gaji pertama aku, aku mula berkenalan dengan handphone. Masa itulah aku mula berjinak-jinak mengenali lelaki melalui handphone. Mudahkan. Darah tengah panas, kehendak melonjak-linjak. Aku mula berkenalan dengan seorang lelaki. Seawal 2 minggu perkenalan dia sudah mula mengajak aku bercinta. 


Aku yang sememangnya telah lama menunggu peluang seperti itu bak orang mengantuk disorongkan bantal. Senangnya aku mengatakan 'boleh'. Dengan hati yang gembira tidak terkata, segalanya aku tolak tepi. Walhal berjumpa pun tidak pernah. 


Satu tahun perkenalan, dia mula mengajak aku berjumpa. Dengan perasaan terkejut bercampur suka aku bersiap-siap ingin berjumpa si dia. Dengan seusia semuda 19 tahun aku bercinta dengan lelaki berusia 25 tahun. Dan, kerana pertemuan pertama itu jugalah tercoret detik hitan dalam hidupku.


Sehingga kini, aku masih teringatkan kisah lama itu. Mujurlah perkenalan itu hanya sementara. Aku mula meminta putus. Aku tidak sanggup lagi untuk hidup bergelumang dosa. Cukuplah. Kini, aku hanya perlu fikirkan apa yang harus aku katakan kepada bakal suamiku suatu hari nanti. Adakah lelaki yang masih mahukan aku? Hanya Tuhan sahaja yang tahu hati ini..


p/s : Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Ia hanyalah berdasarkan imaginasi si penulis iaitu aku untuk dijadikan renungan bersama. Langsung tiada kena mengena antara yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Sekian ...

Wednesday 14 December 2011

Jalan-Jalan Cari Masalah


Assalam Sahabat

Malam tadi dengan perancangan yang tidak sengaja, aku keluar berempat pergi makan dekat HAJI DAUD. Best giler coz dah lama tak jumpa kawan-kawan TingTong aku tu.

Kami ni nama je BFF tapi JARANG sangat dok melepak bersama. Iye laa semua dah ada kerjaya masing-masing-kan. Cik Akma [ E||ZaTuL L[u]R[v]E-L[i]N[e]S ] kerja sendiri. Bisnes dia tu laa. Cik Wanie [ Si GarDizz MaNis ] pula baru habis belajar dan sekarang bekerja dekat sebuah syarikat komputer. Aku masih macam dulu, Kerja Kerja Kerja dan Kerja TANPA HENTI. !! Last but not list Cik Ija pun sama macam kami, kerja juga dekat kedai makcik dia.

So, macam mana kami nak selalu melepak sama,kan. Ni lah masanya nak jumpa semua. Itu pun unplanning desicion!! Tapi tak dapat nak kumpul semua coz ada dua lagi yang TERCICIR. Cik Umai and Cik Angah. Sorry lah GENG !! Jangan Kecil hati Kecil jantung pula kalau terlupa nak ajak. Lagipun semuanya KEBENTULAN. 

Nanti kita hang out ramai-ramai. Buat reunion terus okii hahahaha

geng rempit sejati ni :P


Sunday 20 November 2011

Segalanya Aku Sendiri


Salam Sahabat ..

Aku dah cuba menjadi yang terbaik. Yang terbaik untuk orang yang aku SAYANG. Tapi kadang-kadang aku tak faham kenapa aku selalu dimarah. 

Adakah aku tempat pelepas GERAM ????

Haiii kalau diikutkan hati ni, dah lama aku memberontak. Tapi aku malas nak bergaduh. Nanti panjang ceritanya. Lagipun aku terlalu sayangkan dia. And, aku harap dia akan SEDAR betapa pentingnya diri aku dalam hidup dia. Aku terlalu sayangkan dia. Mungkin jalan TERBAIK aku harus sabarkan diri.

Bukan untuk sesiapa, tapi untuk aku dan dia. Untuk kebahagiaan kami bersama HINGGA KE AKHIR HAYAT. Cuma yang harus aku katakan, tolonglah walau sedikit kuman sekalipun, berilah aku kelembutan dalam perhubungan. Aku tak minta yang lain..i love u sayang..


Saturday 27 August 2011

Thanks My BFF !!


Salam Malaysia

First of all nak ucapkan terima kasih pada BFF aku Cik Akma [ E||ZaTuL L[u]R[v]E-L[i]N[e]S ] sebab tolong tukarkan template blog kita dari orange ke pink !!. 

Buat susah-susah ajer dude !! But honestly cantik giler !! Siap tolong buatkan header lagi. Awak memang superb gempak, beb !! [ayat bodek sebab terlalu teruja ni :P]

Cik Akma ni laa orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku kepada dunia blog ni. Dia juga yang tolong ajarkan aku tentang facebook. photoshop, designing and some part of IT. Kira dia ni aku punya sifu laa. Kalau ada yang aku tak tahu, memang akan terus rujuk dia.

Cik Akma..u are the best !! Muahhh Muahhh .....


Friday 26 August 2011

AidilFitri Yang Menyedihkan

Assalamualaikum..


Pagi tadi, sekitar jam 05:30 AM. Telah berlaku satu kemalangan tragis. Van kilang WESTERN DIGITAL yang membawa kawan-kawan aku telah berlanggar dengan sebuah trailar didepan Hutan Lipur.


Apa yang aku rasa?? Semestinya sebak. Ya !! Aku sebak bila mendengar berita tentang kemalangan kawan sekerja aku.


Van remuk dibahagian depan. Driver tercampak keluar dan mengalami patah dibahu. Abang aku patah kaki kanan. Kawan-kawan yang lain pula cedera ringan. Dan yang paling menyedihkan anak kepada mak angkat tunang aku, Abang Apai a.k.a Fairus mengalami pendarahan dikepala kerana terhantuk besi.


Betapa baiknya dia kerana sebelum pengsan dia sempat menyelamatkan kawan-kawan yang lain keluar dari van. Dari pagi tadi sampailah sekarang dia masih belum sedarkan diri.


Ya Allah Ya Tuhan Ku, Kau selamatkanlah kawanku itu. Semoga dia dapat beraya bersama isteri dan anaknya. Amin..



Thursday 25 August 2011

Oh tidak !!


Salam Mesra Salam Satu Malaysia

Masih setia membacakah kalian?? Kalau masih, tahniah aku ucapkan hehehe Okii laa hari ni tak nak bersembang panjang. Cukup sekadar memberi satu enrty yang pendek dan ringkas !!

Hai...hari ni tiba-tiba mood sedih datang menerpa. Sebabnya?? Haa..sebabnya ialah raya nanti aku tak dapat cuti !! Ohh tidakkkkkkk !! hehehe saja buat drama leleh sikit. Sebenarnya boleh kalau aku nak cuti tapi kena cari backup pula.

Adohai...dari aku menyusahkan orang lagi baik aku menyusahkan diri aku sendiri. Ye tak?? Lagipun raya ke dua aku dah cuti. Then raya ke tiga kembali bekerja. Apa boleh buat..dah aku tersalah pilih tempat kerja. Tapi tak apalah. Lebih sikit gaji aku nanti. Dan, yang paling penting. HALAL hehehe


p/s : panjang jugak entry ni :D

Thursday 30 June 2011

It Was Me

Salam Perkenalan Salam Satu Malaysia..


Siapa aku?? Aku adalah penghuni baru bagi dunia blog. Blog tempat meluahkan rasa yang bernama Amelia ~ Story-Mory-Glory.


Kenapa aku buat blog ni?? Bukanlah ada tujuan tertentu. Sekadar ingin mencari kenalan BARU untuk menjalinkan silaturrahim antara SESAMA MANUSIA. Sekadar ingin berkongsi rasa suka dan duka. Sekadar ingin menjadikan medium peng-blog-an ini diari ke dua dalam hidup.


Tentang aku?? Nama aku AMELIA. Mostly kawan-kawan panggil aku Amiey je. Aku anak bongsu dari 3 orang adik beradik. Satu lelaki dan dua perempuan. Aku juga adalah tunangan orang. Hidup aku dalam sebuah keluarga yang sederhana tapi terlalu kaya dengan Kasih SAYANG.


Sahabat Dunia Akhirat?? Yupp semestinya ada. Member baik aku ada 3 orang. Cik Akma [ E||ZaTuL L[u]R[v]E-L[i]N[e]S ] , Cik Waniey [ Si Gardizz MaNis ] dan Cik DeQ-Ja [maaf minah ni takde blog].


Last but not list?? Apa-apa pun aku still HAPPY dengan KEHIDUPAN aku yang sekarang. Dan kalau takdirnya begitu, tahun depan InsyaAllah akan bergelar isteri orang. If Allah wills.. Okii Daaaa..daaaaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...