Thursday 15 December 2011

Cerpen : Ketabahan Hatiku

Subu yang nyaman, yang penuh dengan suara ungas bersahut-sahutan. Suara kokokan ayam dan udara yang amat menyegarkan. Sungguh terpesona aku menikmati subuh yang bagiku begitu indah sekali.


Suasana yang nyaman dan tenteram secara tidak sengaja telah membawa aku ke dalam kenangan silamku. Kisah dulu. Kisah waktu aku baru bergelar anak remaja. Masa aku mula-mula mendapat kerja. Masa aku baru mengenal erti susahnya mencari wang untuk sesuap nasi.
Sukar untuk aku buang jauh kisah hidupku yang dahulu. Yang penuh dengan pahit berbanding manisnya.


Teringat kembali, sedari aku kecil, aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang terlalu baik. Sentiasa gembira dan tertawa. Aku ada Abah. Aku ada Ibu. Aku juga ada Abang Long dan Kak Ngah. Aku ada mereka. Sumber kehidupanku.


Hidup kami penuh dengan gelak tawa dan senda gurau. Jarang sekali kami bergaduh. Kadang kala ada juga berselisih pendapat dan bermasam muka, tapi biasalah adat resam kehidupan bersaudara. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sesama saudara.


Kenangan membawa aku jauh ke masa kecilku. Sedari kecil, perwatakanku lebih kepada lelaki. Kasar, gaya ala Tomboy. Tapi, yang peliknya aku suka melawa. Lucu bila teringatkan aku ketika itu. Masih aku ingat, punca kenapa aku berkelakuan ala tomboy. Aku seperti itu kerana terikut-ikut dek gaya makcik aku. Tapi, aku tidaklah terlalu kemaruk.


Tambahan pula, kawan-kawan sepermainan aku rata-ratanya terdiri daripada lelaki. Jarang sekali aku bergaul dengan perempuan. Bagiku, budak perempuan ni mengada-ngada dan ,manja. Pantang silap sedikit, pasti akan menjadi cengeng.  Namun, pabila meningkat remaja aku sudah mula berubah. Sudah mula mengenal apa itu kecantikan.


Tidaklah sepenuhnya. Kerana aku sedar aku bukanlah seorang budak yang cantik. Tubuhku yang gemuk tiada lelaku yang mahu jadikan aku teman wanita mereka. Sedih. Sungguh sedih nasib aku tika itu. Tapi aku mengambil kata-kata 'Life Must Be Go On'. Take it easy. Walaupun kadang-kadang timbul rasa cemburu terhadap kawan-kawan aku. Tapi nak buat macam mana. Mereka semua cantik-cantik belaka.


Habis sahaja persekolahan, aku mula bekerja di sebuah syarikat perindustrian. Aku bekerja bersama rakan sekelasku. Ketika itu tubuhku masih lagi besar. Dan, perwatakan aku yang seius atau lebih tepat bengis membuatkan aku semakin sukar mendapatkan kawan terutama lelaki. 


Gaji pertama aku, aku mula berkenalan dengan handphone. Masa itulah aku mula berjinak-jinak mengenali lelaki melalui handphone. Mudahkan. Darah tengah panas, kehendak melonjak-linjak. Aku mula berkenalan dengan seorang lelaki. Seawal 2 minggu perkenalan dia sudah mula mengajak aku bercinta. 


Aku yang sememangnya telah lama menunggu peluang seperti itu bak orang mengantuk disorongkan bantal. Senangnya aku mengatakan 'boleh'. Dengan hati yang gembira tidak terkata, segalanya aku tolak tepi. Walhal berjumpa pun tidak pernah. 


Satu tahun perkenalan, dia mula mengajak aku berjumpa. Dengan perasaan terkejut bercampur suka aku bersiap-siap ingin berjumpa si dia. Dengan seusia semuda 19 tahun aku bercinta dengan lelaki berusia 25 tahun. Dan, kerana pertemuan pertama itu jugalah tercoret detik hitan dalam hidupku.


Sehingga kini, aku masih teringatkan kisah lama itu. Mujurlah perkenalan itu hanya sementara. Aku mula meminta putus. Aku tidak sanggup lagi untuk hidup bergelumang dosa. Cukuplah. Kini, aku hanya perlu fikirkan apa yang harus aku katakan kepada bakal suamiku suatu hari nanti. Adakah lelaki yang masih mahukan aku? Hanya Tuhan sahaja yang tahu hati ini..


p/s : Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Ia hanyalah berdasarkan imaginasi si penulis iaitu aku untuk dijadikan renungan bersama. Langsung tiada kena mengena antara yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Sekian ...

Wednesday 14 December 2011

Jalan-Jalan Cari Masalah


Assalam Sahabat

Malam tadi dengan perancangan yang tidak sengaja, aku keluar berempat pergi makan dekat HAJI DAUD. Best giler coz dah lama tak jumpa kawan-kawan TingTong aku tu.

Kami ni nama je BFF tapi JARANG sangat dok melepak bersama. Iye laa semua dah ada kerjaya masing-masing-kan. Cik Akma [ E||ZaTuL L[u]R[v]E-L[i]N[e]S ] kerja sendiri. Bisnes dia tu laa. Cik Wanie [ Si GarDizz MaNis ] pula baru habis belajar dan sekarang bekerja dekat sebuah syarikat komputer. Aku masih macam dulu, Kerja Kerja Kerja dan Kerja TANPA HENTI. !! Last but not list Cik Ija pun sama macam kami, kerja juga dekat kedai makcik dia.

So, macam mana kami nak selalu melepak sama,kan. Ni lah masanya nak jumpa semua. Itu pun unplanning desicion!! Tapi tak dapat nak kumpul semua coz ada dua lagi yang TERCICIR. Cik Umai and Cik Angah. Sorry lah GENG !! Jangan Kecil hati Kecil jantung pula kalau terlupa nak ajak. Lagipun semuanya KEBENTULAN. 

Nanti kita hang out ramai-ramai. Buat reunion terus okii hahahaha

geng rempit sejati ni :P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...