Friday 26 August 2011

AidilFitri Yang Menyedihkan

Assalamualaikum..


Pagi tadi, sekitar jam 05:30 AM. Telah berlaku satu kemalangan tragis. Van kilang WESTERN DIGITAL yang membawa kawan-kawan aku telah berlanggar dengan sebuah trailar didepan Hutan Lipur.


Apa yang aku rasa?? Semestinya sebak. Ya !! Aku sebak bila mendengar berita tentang kemalangan kawan sekerja aku.


Van remuk dibahagian depan. Driver tercampak keluar dan mengalami patah dibahu. Abang aku patah kaki kanan. Kawan-kawan yang lain pula cedera ringan. Dan yang paling menyedihkan anak kepada mak angkat tunang aku, Abang Apai a.k.a Fairus mengalami pendarahan dikepala kerana terhantuk besi.


Betapa baiknya dia kerana sebelum pengsan dia sempat menyelamatkan kawan-kawan yang lain keluar dari van. Dari pagi tadi sampailah sekarang dia masih belum sedarkan diri.


Ya Allah Ya Tuhan Ku, Kau selamatkanlah kawanku itu. Semoga dia dapat beraya bersama isteri dan anaknya. Amin..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...